Screen Shot 2016 06 27 At 2.54.34 PM

Website Dalam Perniagaan

Follower Website Malaya kebanyakannya adalah peniaga dan usahawan di media sosial mahupun mempunyai kedai sendiri. Kesedaran tentang memiliki sebuah website sudah tidak asing lagi kepada peniaga online kerana mereka tahu dengan sedikit pelaburan mereka untuk memiliki sebuah website, mereka akan kecapi pulangan yang berlipat kali ganda lumayan. Buat pengetahuan pembaca, kami telah membantu hampir 50 klien mendapatkan website design yang moden dan cantik dalam masa 3 bulan penubuhan kami.

Perkongsian kali ini fokus kepada ilmu perniagaan dan bisnes. Apa kaitannya dengan website? Pengetahuan tentang website merupakan salah satu ilmu penting yang wajib difahami dalam dunia bisnes. Pada asalnya kami merupakan freelancer yang mereka bentuk website murah di Malaysia. Hari demi hari, kami diajar tentang kepentingan website untuk perniagaan dan syarikat. Kata guru kami, perniagaan yang tidak ada website umpama tidak pernah wujud kerana perniagaan anda sangat susah digapai oleh bakal pelanggan anda.

Dari segi branding pula, sangat bahaya jika anda mempunyai jenama tetapi jenama anda tidak mempunyai website. Kemungkinan untuk orang lain menggunakan jenama anda sangatlah tinggi. Kata Dr. Azizan Osman, perkara pertama sebelum anda memilih nama brand anda ialah periksa domain terlebih dahulu. Cuba bayangkan, anda telah labur duit untuk mencipta sesuatu jenama sehingga dikenali ramai tetapi domain website anda tidak dapat dinamakan sempena jenama anda. Rugi bukan.

Bertepatan dengan slogan kami “Your Business, Our Expertize” kami suka untuk membantu anda mendapatkan khidmat nasihat secara percuma tentang perniagaan, khususnya perihal website dan SEO. Apa itu SEO? website anda seolah-olah badan yang tidak bernyawa jika anda tidak mengoptimisasikan SEO pada website anda. SEO ialah ‘Search Engine Optimization’ di mana website anda akan berada pada ranking teratas Google jika anda tahu macam mana cara untuk menggunakannya. Nantikan artikel terbaru untuk mengetahui lebih lanjut tentang SEO.

ilmu niaga website design murah malaysia

Menurut Puan Ainon Mohd, penasihat ABS Holdings, Facebook bukan hak milik kita tetapi website adalah hak milik kita sepenuhnya. Facebook diibaratkan seperti hotel, manakala website adalah seperti kedai kita sendiri. Kita boleh membuat modifikasi sesuka hati pada website kita tetapi tidak di Facebook.

Dr. Azizan Osman dan Puan Ainon Mohd merupaka guru dalam bidang bisnes kepada team Website Malaya. Kami tahu mereka ini sudah tidak asing lagi kepada pembaca. Semoga artikel ini bermanfaat, tinggalkan komen sebagai tanda sokongan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *