Tips Penulisan Blog

Tulisan Macam Mana Yang Menarik Pembaca

Pilihan jenis tulisan didalam blog adalah sangat penting untuk online presence dan penjenamaan yang baik. Pilihan visual seseorang pembaca itu adalah berbeza tetapi sebagai seorang pemilik blog anda perlu mengambil kira setiap aspek jenis tulisan dan saiz tulisan yang digunakan. Memilih jenis tulisan yang ‘sempurna’ untuk blog adalah sukar kerana ianya bergantung kepada pembaca dan bagaimana anda sebagai pemilik blog hendak merekabentuk keseluruhan blog itu.

Anda mungkin mahu mempunyai tulisan yang nampak mewah dan menarik dengan menukar jenis tulisan pada setiap baris tetapi blogger yang lebih berpengalaman tahu bahawa penting untuk memastikan tulisan itu mudah dan senang untuk dibaca.

Mesti anda tertanya-tanya tulisan macam manakah yang patut digunakan untuk blog anda. Pertama sekali, anda mestilah menggunakan jenis tulisan dimana tulisan tersebut ada pada setiap komputer pengguna. Anda perlu ingat yang tidak semua komputer ada jenis tulisan yang anda gunakan. Jadi, anda perlulah memilih salah satu jenis tulisan yang pastinya ada pada setiap komputer pengguna kerana jika tidak ia tidak akan memaparkan apa yang anda tulis di blog anda pada komputer pengguna. Malah ia akan memaparkan jenis tulisan default yang menjadikan blog anda tidak sama dengan apa yang anda harapkan dan anda akan kehilangan pembaca anda. Oleh itu, apabila anda menulis blog anda perlu memastikan untuk memilih jenis tulisan yang bersesuaian untuk blog dan pembaca anda.

Kedua, anda perlu pastikan jenis tulisan itu senang untuk dibaca dan bagaimana ia akan dipaparkan pada monitor pembaca. Ada beberapa Web Safe Fonts yang boleh anda gunakan iaitu:

Serif

  • Jenis tulisan yang mempunyai sedikit cangkuk(hooks) di akhir huruf.
  • Sebilangan monitor tidak dapat memaparkan cangkuk (hooks) itu dengan baik dan ianya menjadi kabur dan tidak dapat dibezakan terutamanya jika monitor itu mempunyai resolusi yang rendah.
  • Tetapi, tulisan ini adalah paling bagus untuk percetakan jadi ianya selamat untuk digunakan untuk mana-mana dokumen dalam talian yang bertujuan untuk dimuat turun atau dicetak.
  • Contoh tulisan Serif adalah Garamond, Georgia dan Times New Roman.

Sans Serif

  • Jenis tulisan yang tidak mempunyai cangkuk(hooks) di akhir huruf.
  • Ianya lebih jelas dan mudah untuk dibaca apabila dipaparkan di skrin monitor.
  • Menjadikan ianya sesuai digunakan untuk menulis blog.
  • Contoh tulisan Sans Serif adalah Arial, Helvetica, Verdana, Lucida Sans Unicode dan juga Tahoma.

tips-penulisan-blog

 

Fantasy or Cursive

  • Jenis tulisan ini tidak boleh didapati secara meluas pada komputer pengguna.
  • Merupakan jenis tulisan yang mewah dan ‘cursive’.
  • Sangat sukar untuk dibaca.
  • Hadkan penggunaan tulisan ini hanya untuk tajuk atau gunakannya didalam imej.
  • Contoh tulisan ini adalah Papyrus, Lucida Handwriting, French Script MT, Script MT Bold dan juga Comic Sans MS.

Monospace

  • Kebanyakkan web masters dan web develepors menggunakan jenis tulisan ini untuk sampel kod atau arahan.
  • Jenis tulisan yang mempunyai jarak dan lebar yang sama diantara huruf dan ianya mengambil jumlah ruang yang sama seperti mesin taip.
  • Ia bukanlah jenis tulisan yang menarik untuk digunakan diblog anda.
  • Contoh tulisan ini adalah Courier, Courier New, Lucida Console dan Monaco.

Kesimpulannya, gunakan jenis tulisan Sans Serif untuk menulis blog anda dan Serif untuk cetakan atau dokumen yang boleh dimuat turun untuk cetakan. Pastikan anda menggunakan jenis tulisan yang mewah pada tahap yang minimum dan hadkan hanya untuk tajuk atau loghat. Elakkan dari menggunakan lebih daripada dua atau tiga jenis tulisan di setiap halaman. Anda juga tidak perlu untuk menukar jenis tulisan dipertengahan ayat tanpa sebab-sebab yang penting.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *