Reka Bentuk Web Responsif

Apa yang dikatakan dengan website yang responsif adalah website yang mesra mobil. Ramai yang silap tafsir istilah ini disebabkan perkataan itu sendiri. Ada mengatakan yang website responsif adalah website yang berfungsi apabila ditekan, ada juga website tersebut berupaya untuk respon dengan pelawat.

Website Mesra Mobile

Kenapa website yang mesra mobil sangat penting? Ianya mudah, website mesra mobil menarik pelawat yang menggunakan telefon pintar untuk membaca dan mengakses website tersebut.

“Bukan ke semua website boleh dibuka menggunakan telefon pintar?”, tanya salah seorang peserta bengkel saya. Memang tidak dinafikan bahawa semua website atau laman web boleh dibuka menggunakan browser di peranti mudah alih. Tetapi kalau website anda tidak mesra mobil, pelawat perlu berusaha untuk zoom in dan zoom out daripada paparan skrin mobil yang kecil itu. Ini mengundang ketidakselesaan kepada pelawat website anda.

Apa pelawat akan lakukan jika website yang dikunjungi tidak responsif?

Bagi mereka yang dahagakan maklumat di website anda, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat daripada website anda walaupun terpaksa bersusah-susah. Persoalannya adalah, adakah website anda menawarkan maklumat yang sebegitu penting kepada pelawat anda?

Golongan kedua akan baca artikel tersebuat sahaja tanpa menjenguk artikel lain dan page utama anda. Ini akan mengundang kerugian kepada jualan di website anda, ibarat habis madu sepah dibuang.

Kebanyakan pelawat akan meninggalkan website itu serta merta kerana kebanyakan pelawat akan mencari website yang berinformasi dan kondusif untuk mata mereka. Ramai yang memilih kondusif terlebih dahulu sebelum menilai informasi yang ditawarkan oleh website anda.

Cara Periksa Website Mesra Mobile

Mari saya bantu anda untuk mengenal pasti sesbuah website itu mesra mobil ataupun tidak. Cara pertama adalah periksa website tersebut menggunakan browser anda seperti Google Chrome, Mozila Firefox ataupun Safari.

Gambar di atas menunjukkan paparan fullscreen browser saya, paparan website di atas adalah untuk desktop. Seterusnya saya nak periksa sama ada website ini mesra mobil atau tidak. Tekan button minimize untuk kecilkan paparan browser anda, tolak dari kiri dan kanan sehabis mungkin seperti gambar di bawah untuk mendapatkan saiz browser paling kecil.

Anda hanya perlu lakukan dua langkah ini untuk memeriksa sama ada website anda mesra mobil ataupun tidak. Jom kita lihat gambar di atas, gambar tangan memegang iPhone berada di sebelah kanan untuk paparan desktop dan gambar tangan yang sama berapa di bahagian bawah untuk paparan mobil. Jika paparan desktop tadi hanya menjadi kecil, tangan yang memegang iPhone juga tidak bergerak dan anda perlu zoom in untuk membaca penerangan, maka website tersebut tidak mesra mobil.

Sumber gambar: developers.google.com

Periksa Website dengan Google Tools

Cara kedua lebih senang, Google ada menyediakan satu alat untuk memeriksa kadar responsif sesebuah website. Nama tools tersebut adalah Mobile-Friendly Test. Masukkan link website anda setelah anda masuk ke link yang saya berikan. Klik sini.

Tools ini akan mengeluarkan keputusan ujian dalam tempoh masa kurang seminit.  

Sumber gambar: developers.google.com

Apa Langkah Seterusnya yang Perlu Dilakukan?

Anda sudah mempunyai website dan anda mendapati website anda tidak responsif ataupun tidak mesra mobil? Penyelesaian yang saya dapat kongsikan kepada anda adalah gunakan Bootstrap.

Kadang-kadang penyelesaian terbaik adalah mengupah website designer supaya mereka melakukan semua proses yang melibatkan proses teknikal, cara ini dapat menjimatkan masa anda lebih-lebih lagi anda seorang pemilik bisnes yang perlu fokus untuk mengembangkan perniagaan.

WordPress juga adalah antara penyelesaian terbaik untuk mempunyai website yang mesra mobil. Ini kerana sebaik sahaja anda memasang platform wordpress dalam hosting anda, 70% daripada website anda sudah menjadi mesra mobil.

Saya ada rakam beberapa video percuma bagaimana menjadikan wordpress 100% mesra mobil. Dapatkan akses video sekarang!

Comments

comments

PENGUMUMAN! WEBSITE MALAYA SEDANG DI BAWAH PENGURUSAN BARU
Jika Ada Apa-Apa Masalah Atau Pertanyaan Tentang Website Anda Sila Lengkapkan Borang Di Bawah. Maaf Di Atas Segala Kesulitan
Anda akan menerima call / whatapp dari pihak kami nanti