Yt

Percaya Tak Youtube Boleh Memasarkan Produk Anda Dengan Cukup Berkesan?

Semua orang tahu Youtube adalah sumber carian dan maklumat yang hebat selain daripada Google dan Bing. Kebiasaannya anda mesti melayari Youtube untuk melihat video mahupun mendengar lagu yang anda minati. Namun,adakah anda tahu yang Youtube juga adalah satu alternatif yang hebat dan berkesan untuk memasarkan produk/servis perniagaan anda?

Really?

Haaa ni ramai yang tidak tahu. SAYANG SEKALI anda tidak menggunakan kemudahan yang PERCUMA ini. Tak mengapa, biar saya beritahu bagaimana caranya anda boleh memasarkan produk/servis anda.

Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk-servis anda. Antaranya:-

 

Video Pengenalan Produk/Servis

Video penerangan tentang produk adalah amat penting. Ini kerana penonton perlu tahu apa kepentingan produk anda, juga apa kebaikan menggunakan produk anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menawarkan servis membuat website, anda perlu memaklumkan apa erti sebuah website, kepentingan sebuah website, dan kelebihan website. Sekiranya anda tidak memperkenalkan produk anda, bagaimana anda mahu menukarkan penonton kepada pelanggan?

 

Video Tutorial

peewittt

Ya benar, ramai yang telah mencuba cara ini dan ia amat memberi impak yang cukup berkesan. Video tutorial adalah video yang menunjukkan cara menggunakan produk anda ataupun bagaimana perkhidmatan yang anda sediakan.

Seperti contoh diatas, seorang penjual barangan kosmetik seperti produk ‘make up’ perlu menunjukkan bagaimana cara atau demo menggunakan produk tersebut.

 

Air Cond Service

 

Sekiranya anda ingin memasarkan servis atau sebarang perkhidmatan, anda juga perlu menunjukkan bagaimana anda melakukan servis anda di Youtube. Melalui cara ini, setiap orang yang melihat video anda akan dapat memahami apakah servis atau produk yang anda tawarkan.

 

Summary
Contoh video servis buat website
Title
Contoh video servis buat website
Description

Ini adalah salah satu contoh cara anda boleh memperkenalkan servis/produk anda sekali gus mempromosikannya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *