Pemasaran Vs Jualan

Pemasaran vs Jualan

Pemasaran dan jualan, dua kata yang mempunyai kaitan antara satu sama lain yang berkait rapat dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan dan kedua-duanya bertujuan untuk meningkatkkan pendapatan. Ia adalah perlu bagi anda untuk memahami perbezaan diantara pemasaran dan jualan untuk menjadi seorang pengurus pemasaran yang berjaya.
Malah, dalam organisasi kecil, kebiasaanya orang yang sama melaksanakan kedua-dua tugas jualan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, pemasaran adalah berbeza daripada jualan jika organisasi tersebut berkembang maju menjadikan peranan dan tanggungjawab menjadi lebih khusus.

Pemasaran

 

digital-marketing

Sumber gambar : LinkedIn
Pemasaran adalah perancangan sistematik, pelaksanaan dan pengawalan aktiviti perniagaan untuk membawa bersama pembeli dan penjual. Ia merupakan satu konsep pendekatan dimana ianya lebih meluas daripada jualan yang memberi lebih fokus kepada pelanggan dan bukannya produk. Pemasaran mempunyai matlamat jangka panjang untuk memperolehi kepercayaan,kesetiaan dan kepuasan pelanggan.
Selain itu, tumpuan lebih difokuskan kepada pengubahsuaian produk dan penambahbaikkan produk diatas permintaan tinggi pelanggan. Pemasaran terdiri daripada semua aktiviti yang melibatkan perancangan produk, harga, promosi dan pengedaran produk. Keperluan pengguna menjadi penyumbang kepada aktiviti pengeluaran, pembungkusan, promosi, harga, pengedaran dan kemudian menjual.

Antara ciri-ciri utama pemasaran adalah:

  • Memberi penekanan pada kemahuan pengguna
  • Mengetahui keperluan pengguna dan tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan itu
  • Menekankan keperluan dan kehendak pengguna
  • Pengguna menentukan harga, harga menentukan kos

Pemasaran mensasarkan pembinaan sesebuah identiti jenama supaya ianya mudah untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.

Jualan

pemasaran-website

Sumber gambar : Slideshare

Jualan melibatkan proses untuk memujuk pelanggan untuk menyakinkan mereka bahawa produk atau perkhidmatan anda memberikan manfaat yang mereka cari. Ia juga merupakan sebahagian daripada pemasaran yang bertujuan menyasarkan bakal pelanggan dan memudahkan jualan produk.
Kebiasaannya, jualan mempunyai matlamat jangka pendek untuk mencapai sasaran jualan atau jualan pasaran. Jualan juga kurang memberi tumpuan terhadap pengubahsuaian produk dan juga penambahbaikan produk kerana mereka lebih mementingkan bahagian pemasaran dan jumlah jualan.
Kaedah jualan agresif adalah wajar untuk memenuhi matlamat keperluan pengguna dan kepuasan yang diberikan. Sebaik sahaja produk siap dicipta untuk keperluan pelanggan, jualan dapat menukarkan produk kepada wang tunai kepada syarikat dalam masa yang pendek.

Antara ciri-ciri utama jualan adalah:

  • Memberi penekanan kepada produk
  • Menekankan keperluan penjual
  • Kos menentukan harga

Cara pendekatan jualan adalah untuk menemukan permintaan pelanggan dengan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Ianya bersifat jangka masa pendek yang didorong oleh peluang dan interaksi antara penjual dengan prospek. Ia juga merupakan aktiviti bagaimana proses interaksi, proses pertukaran produk atau perkhidmatan diantara penjual dan pembeli dimana akan terjadi pertukaran produk dengan nilai matawang yang sebenar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pemasaran melibatkan penyelidikan pssemasaran, pengiklanan, jualan dan kepuasan pelanggan. Strategi digunakan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan. Manakala, jualan pula melibatkan skop untuk memujuk pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta menyakinkan mereka untuk menggunakan produk dan perkhidmatan itu.
Jualan memerlukan pemasaran bagi membantu penjualan terus kepada pelanggan dan pemasaran lebih kepada penyelidikan produk, membuat tapak untuk memberitahu pelanggan tentang produk dan membuat promosi bagi melariskan jualan produk. Boleh dikatakan juga jika tiada pemasaran maka tiadalah jualan. Jika adanya kerjasama antara pemasaran dan jualan disertai tindakan dan strategi yang betul, peluang untuk kejayaan bagi sesuatu syarikat mahupun individu dapat dicapai dengan mudah.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *