INBOUND1 820×400

Outbound Marketing vs Inbound Marketing

OUTBOUND MARKETING vs INBOUND MARKETING

Pebagai teknik pemasaran digunakan untuk menemui pelanggan dan menyampaikan tawaran bagi memperoleh jualan yang sudah disasarkan. Namun sekuat mana keberkesanan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga masa kini. Ini kerana melalui teknologi dan kecanggihan teknologi yang terdapat pada masa kini, penggunaan teknik tradisional semakin berkurangan. Teknik-teknik yang diperkatakan adalah outbound marketing dan inbound marketing.

OUTBOUND MARKETING

Outbound marketing merupakan bentuk pemasaran tradisional di mana peniaga mula berkomunikasi dan menghantar emel kepada pelanggan. Outbound marketing adalah bertentangan dengan inbound marketing di mana peniaga menemui pelanggan, yang memburu pelanggan melalui usaha enjin pencarian berbayar atau secara percuma. Suatu organsasi akan berusaha untuk meningkatkan hasil jualan mereka dan mendapatkan semula modal yang dikeluarkan di mana mampu meningkatkan peratusan modal asal.
Outbound marketing lebih fokus kepada produk dengan mendedahkan kebaikan dan ciri-ciri yang terdapat pada produk tersebut. Pelanggan di buru melalui media tradisional seperti radio, televisyen, penghantaran emel dan banner bagi mendapatkan perhatian pengguna.
Komunikasi berlaku antara peniaga dan pelanggan adalah komunikasi sehala. Pelaksanaan outbound marketing mungkin memerlukan bajet yang tinggi berbanding inbound marketing. Kaedah pemasaran ini tidak membenarkan pelanggan mereka bertanya tentang apa yang cuba ditawarkan. Apa yang cuba dijual dan ditunjukkan kepada pelanggan adalah secara umum. Ia juga dikenali sebagai ‘push marketing’ di mana pengguna akan mengetahui mengenai apa yang ditawarkan walaupun mereka tidak memerlukannya.
Bentuk pemasaran tradisional atau outbound marketing semakin tidak efektif dan dianggap mengganggu pengguna. Iklan di TV, surat khabar, majalah, emel, dan media lain seringkali tidak diinginkan sehingga makin banyak pengguna yang mengabaikan kaedah pemasaran seperti ini.

INBOUND MARKETING

Sebaliknya inbound marketing merupakan strategi yang menggunakan banyak form bagi tarikan pemasaran seperti kandungan pemasaran, blog, SEO, media sosial, infografik untuk mencipta kesedaran jenama, dan menarik perniagaan-perniagaan baru. Ia juga bagi menarik minat pelanggan untuk memperoleh produk atau servis kita. Kaedah pemasaran ini merupakan usaha menarik pelanggan, dan ia tidak menganggu pengguna. Ia adalah mengenai memperoleh minat, keyakinan dengan menawarkan kandungan-kandungan yang menarik. Media yang digunakan adalah media digital seperti enjin pencari, laman sesawang, jaringan social dan blog.
Kaedah ini merupakan komunikasi dua hala dimana memungkinkan kewujudan kenalan dan pendapat pelanggan yang berpotensi. Kaedah ini memerlukan kreativiti dan dapat mengurangkan bajet yang digunakan bagi mencapai keperluan peniaga. Kandungan pencarian yang dibenarkan akan dipaparkan dan dimaklumkan. Pengguna boleh bertanya tentang apa yang ditawarkan untuk mengetahui kemudian memilih produk kita atau tidak. Kaedah ini juga mampu menjadi nilai tambah kerana peniaga bukan sahaja memperkenalkan produk yang cuba ditawarkan malah mereka memaklumkan kandungan yang relevan yang dapat menarik minat pengguna.
Melalui kaedah ini, hasil yang didapati boleh diukur kerana dengan menggunakan alat digital, potensi untuk mengenalpasti langkah selanjutnya dapat dicadangkan jika mereka tidak dapat mencapai jangkaan yang telah ditetapkan. Teknik inbound marketing diguna pakai oleh ramai peniaga kerana tidak perlu mengeluarkan modal untuk bertemu pelanggan ataupun membuat jualan di luar kawasan kerja.

KENAPA INBOUND MARKETING MENJADI PILIHAN?

• Meningkatkan kewujudan trafik laman sesawang kita
• Memperoleh keyakinan pengguna, selagi kita tidak memberi maklumat kepada pengguna yang tidak memerlukan dan tidak berminat dengan apa yang cuba kita tawarkan
• Dapat mengekalkan pelanggan sedia ada
• Meningkatkan reputasi jenama kita dalam penggunaan atas talian di mana dapat memperoleh kewujudan dan perhatian pengguna
• Inbound marketing akan membantu dalam membimbing pengguna melalui sales funnel syarikat kita
• Kepuasan pengguna yang tercapai dapat menjadi medan promosi kepada jenama, produk dan servis yang kita tawarkan
• Menggunakan modal yang sedikit

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *