Checklist Sebelum Mempunyai Website

Website merupakan satu tools pemasaran yang wajib dimiliki oleh setiap peniaga dan bakal peniaga. Saya berkata demikian buanlah kerana saya menawarkan servis pembinaan website tetapi disebabkan website adalah kewajipan dalam perniagaanlah yang mendorong saya untuk menawarkan servis ini kepada anda.

Tetapi jangan anda mengupah website designer untuk menyiapkan website anda secara tergesa-gesa. Anda perlu faham beberapa perkara sebelum melibatkan diri anda dengan website developer.

Jom teruskan bacaan.

#1. Satu Produk untuk Satu Website

Adakah anda mempunyai dua jenis perniagaan ataupun anda menjadi ejen dropship atau stokis kepada dua jenis produk? Jika ya topik ini perlu diambil berat.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah tidak bagus untuk menggabungkan dua jenis bisnes dalam satu website. Perbuatan ini tidak salah tetapi ia akan mengundang bad first impression kepada pelawat website nanti kerana anda akan dilabel sebagai tak professional dalam kata lain anda akan dilihat sebagai orang yang baru berjinak-jinak dalam bisnes.

Lain pula dengan website e-commerce seperti lazada. Website seperti lazada mempunyai ribuan jenis produk yang 100% berbeza, mungkin saya akan terangkan lebih lanjut tentang website seperti lazada dalam artikel seterusnya.

Bagi saya, satu perniagaan wajib mempunyai satu laman web dan tidak semestinya bergantung pada 1 laman web sahaja. Saya sendiri mempunyai lebih daripada 1 laman web untuk mempromosikan servis design website sahaja.

Kesimpulannya, satu perniagaan harus mempunyai lebih daripada satu website dan satu website wajib fokus kepada satu tujuan sahaja.

#2. Pastikan Jenama Anda

Jenama ataupun brand amat penting dalam perniagaan itu membina empayar dalam jangka masa yang lama. Memiliki jenama bukanlah untuk tujuan membina website sahaja, ianya tugas wajib untuk setiap perniagaan.

Sebelum nama brand anda dipilih, pastikan anda periksa sekali nama domain. Jika nama domain sudah tak available, amatlah rugi jika anda memasarkan nama tersebut.

tips-beli-domain

Sumber gambar : halfelf.org

Apa nak buat kalau nama domain sudah dimiliki orang?

  • Cari nama lain
  • Tukar Top Level Domain (rujuk gambar)
  • Hubungi mereka, mereka akan jual kalau kena dengan harga

#3. Tentukan Tujuan Sesebuah Website

Jika anda menaiki kereta dan tidak putuskan ke mana destinasi yang hendak dituju, anda tidak akan ke mana-mana. Anda akan drive sampai minyak habis. Sama juga dengan website, tentukan tujuan dan fungsi website yang akan anda bina.

Ada website yang berfungsi sebagai website rasmi, ada juga yang bertugas sebagai squeeze page dan ada juga berfungsi untuk meningkatkan jualan. Ada yang bertanya, apakah fungsi squeeze page? Squeeze page bertindak sebagai halaman untuk mengumpul sebanyak mungkin database bakal pelanggan. Dengan mengumpul data pelanggan, anda akan menghubungi mereka untuk menawarkan atau menceritakan tentang khidmat yang anda lakukan.

Jika anda kerap melakukan promosi untuk produk atau servis anda, anda digalakkan melanggan servis website maintenance. Dengan langganan ini, pihak website developer akan sentiasa memantau website anda dan alert tentang promosi yang sedang berjalan dan promosi akan datang.

*Bonus* : Landing Page vs Squeeze Page vs Sales Page

Landing Page

Landing Page merupakan tempat pertama pelawat landing selepas mereka masuk ke website kita, contohnya daripada media sosial ataupun daripada google. Ramai yang keliru antara Landing Page dan Minisite. Landing Page bukan Minisite, tetapi Minisite boleh dijadikan sebagai Landing Page.

Page pertama yang pelawat landing semasa masuk ke website kita dikira sebagai landing page, boleh jadi ianya artikel blog, laman hubungi kami ataupun squeeze page.

Minisite

Minisite adalah sebuah website. Nama mini merujuk kepada website yang kecil yang hanya mempunyai satu page pada kebiasaannya. Segala details akan diletakkan dalam satu page ini secara padat dan berinformasi. 

Kebanyakan website mempunyai 5 page utama iaitu:

  1. Laman Utama
  2. Produk / Servis
  3. Blog
  4. Tentang Kami
  5. Hubungi Kami

Minisite akan menggabungkan kelima-lima page ini menjadi satu page sahaja.

Squeeze Page

Seperti yang diterangkan di atas, squeeze page adalah page yang berfungsi untuk memerangkap sebanyak mungkin database pengunjung yang bakal ditukarkan status mereka menjadi pelanggan.

Umpan akan digunakan untuk memperolehi data mereka seperti nama, nombor telefon dan emel. Level umpan yang digunakan boleh mempengaruhi jumlah database yang akan diperolehi. Umpan yang banyak diguna pakai adalah e-book.

Kami akan memasang sekali fungsi emel marketing jika tujuan anda membina website adalah untuk  pengumpulan database. 

Sales Page

Dengar pun dah sales page, sudah tentu fungsi page ini adalah untuk meningkatkan jualan sesuatu produk atau servis. Page ini akan berfungsi penuh jika hanya satu produk sahaja yang difokuskan dalam page ini.

Susunan Sales Page yang Terbaik Bagi Pendapat Saya:

  1. Masalah Pelanggan
  2. Janji Anda / Produk
  3. Cerita Produk / Anda
  4. Tawaran
  5. CTA (Call to Action)

Lagi bagus jika anda memasang fungsi Payment Gateway dalam butang CTA. Saya suka pakai Billplz Payment Gateway, bagi saya ia ringkas dan berkesan. Pelanggan tak suka isi banyak-banyak perkara, mungkin ini salah satu sebab kenapa mereka tak membeli daripada kita.

#4. Sediakan Content

Ini merupakan penghalang utama seseorang daripada memiliki website. Mereka sanggup memilih untuk tidak mempunyai website disebabkan oleh masalah content. Kita perlu sedar yang kita sekarang berada di zaman informasi yang memerlukan content yang banyak untuk disuap kepada bakal pelanggan kita.

Apa itu content? Jawapannya sangat mudah, content adalah apa saja mesej yang ingin disampaikan kepada pelanggan anda. Ia boleh jadi ayat, gambar, suara, ataupun video.

Siapa mula dulu dialah raja dan sekarang adalah masa terbaik untuk anda menyediakan content untuk perniagaan anda dan menjadi raja dalam insudtri anda. Sedar atau tidak sedar, anda sudah pun menyediakan content di media sosial dengan memuatnaik gambar dan status.

Ada perbezaan antara content di media sosial dan content di website. Content di media sosial akan dilupakan selepas seminggu walaupun ianya sudah menjadi viral. Berbeza dengan content di website, ia memerlukan sedikit tempoh masa untuk matang dan dikenalpasti oleh enjin pencari (google, yahoo dan bing). Apabila ianya sudah matang, content tersebut akan “viral” berkali-kali secara senyap oleh mereka yang membacanya, ia juga akan mencadi sumber rujukan utama kepada mereka.

#5. Design dan Mula Bina Website

Ada tiga pilihan untuk anda menyiapkan website:

  • Buat sendiri website
  • Gajikan pekerja
  • Upah Website Designer

Sebelum anda teruskan dengan pilihan anda, mari saya terangkan apa yang dikatakan dengan website yang lengkap.

Website yang Lengkap

  • Informasi yang lengkap
  • Ada ruang untuk mendapatkan database
  • Sistem follow up database secara automatik
  • 24/7 bekerja untuk anda

35 Checklist Percuma
Membina Website!

005-pdf

Adakah anda tahu bagaimana mensistemkan website anda supaya ia boleh melayan pelawat dengan automatik? Cari mereka yang pakar untuk belajar ataupun upah saja website developer.

Jika anda ingin mengambil pekerja ataupun mengupah website designer / developer, pastikan mereka tahu bagaimana mensistemkan website supaya pelawat anda akan membeli produk anda walaupun anda sedang tidur.

Ingin Kami Hubungi Anda?

PENGUMUMAN! WEBSITE MALAYA SEDANG DI BAWAH PENGURUSAN BARU
Jika Ada Apa-Apa Masalah Atau Pertanyaan Tentang Website Anda Sila Lengkapkan Borang Di Bawah. Maaf Di Atas Segala Kesulitan
Anda akan menerima call / whatapp dari pihak kami nanti