Buat-duit-dengan-affiliate-program

Buat Duit Dengan Affiliate

Apa itu Affiliate?

Secara mudahnya Affiliate bermaksud anda bertindak sebagai agen untuk membantu mempromosikan produk atau servis orang lain dan anda dibayar oleh pemilik produk atau servis tersebut sekiranya ada jualan yang terhasil daripada promosi yang anda lakukan. Jom buat duit dengan affiliate.
Tugas anda sebagai seorang agen Affiliate adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan produk orang lain melalui link Affiliate khas yang diberikan oleh pihak penganjur dimana mereka akan menawarkan komisen yang berpatutan kepada agen Affiliate yang berjaya menghasilkan jualan produk mereka. Untuk menjadi seorang agen Affiliate, anda tidak perlu mengeluarkan duit. Anda hanya perlu mendaftar sebagai seorang agen Affiliate. Malahan anda akan dibayar jikalau anda berjaya melakukan jualan produk tersebut.

buat-duit-dengan-affiliate-program

3 Jenis program bisnes Affiliate

Terdapat tiga jenis program bisnes Affiliate yang perlu anda tahu iaitu:

1. Program Affiliate pay per sale

Maksudnya anda hanya akan dibayar jika berlaku proses pembelian hasil dari promosi yang anda lakukan. Ini merupakan program Affiliate yang paling diminati dan ia menghasilkan pendapatan yang agak lumayan kepada pengemar program Affiliate.

2. Program Affiliate pay per lead

Ini pula merupakan program Affiliate yang paling senang untuk menjana pendapatan kerana sebagai seorang agen Affiliate anda hanya perlu mengajak orang ramai yang berminat untuk mendapatkan produk percuma dengan hanya perlu mengisi borang yang mengandungi nama dan email mereka melalui link Affiliate anda sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

3. Program Affiliate pay per click

Diantara ketiga-tiga program Affiliate, program Affiliate pay per click adalah program yang paling senang tetapi memberikan komisen yang paling murah. Melalui program ini, anda hanya akan dibayar jika ada pelanggan klik pada link Affiliate yang anda promosikan sahaja. Ini bermakna jumlah klik yang diperolehi mempengaruhi jumlah bayaran yang akan anda dapat. Ramai yang telah buat duit dengan affiliate jenis ini.

Kelebihan Affiliate

• Penjual dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas seterusnya mendapat ramai pelanggan dan lebih banyak jualan terhasil.
• Penjual boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan tanpa perlu membazirkan masa untuk mencari mereka.
• Bagi pihak agen Affiliate, anda tidak memerlukan pelaburan yang besar.
• Untuk pelanggan, anda tidak perlu bersusah payah mencari kedai untuk membeli sesuatu produk itu.

Kelemahan Affiliate

• Terdapat kemungkinan para peniaga perlu menanggung kos komisen yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang mahal disebabkan agen Affiliate itu.
• Agen Affiliate boleh terlibat dalam pengiklanan palsu dan mengelirukan pengguna untuk mendapatkan komisen jualan.
• Penjual yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur yang boleh menutup program Affiliate itu tanpa pengetahuan agen Affiliate dan tidak membayar komisen.
• Link hijackers boleh merampas link Affiliate dan mereka yang mendapat komisen bukannya agen Affiliate.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *