SEO , Website Murah, Website Malaysia, Websiet Malaya Website Design

Bagaimana Search Engin Berfungsi?

Terdapat banyak algorithm dan tersangatlah kompleks untuk difahami dan dihuraikan dalam posting ini namun kami akan cuba bantu anda.

Posting kali ini akan membantu anda menaikkan ranking SEO website perniagaan anda dengan memahami bagaimana carian Google berfungsi.

Terdapat 3 cara utama dan paling popular untuk memilih website anda untuk diletakkan di carian utama Google.

  1. Google akan lawati website perniagaan anda dan memahami indeks website itu sendiri. Untuk apa website perniagaan anda itu diwujudkan. Jika website anda tidak mempunyai identiti, maka website anda susah untuk naik ke carian utama Google.
  2. Google akan mengira link pautan luar ke website perniagaan anda ataupun link website lain yang terdapat dalam website perniagaan anda. Ianya akan dikira sebagai undi untuk menaikkan website perniagaan anda berdasarkan kualiti konten yang dihasilkan.
  3. Google juga akan mengira share yang diperoleh daripada sosial media seperti Facebook share, tweets dan sebagainya.

Anda boleh memeriksa jumlah kehadiran pelawat ke website anda dengan menggunakan tools ‘Google Analytics’. Jangan risau jika anda tidak mahir untuk menggunakan tools ini. Itu sudah menjadi tugas kami di Website Malaya, kami mempunyai pakar untuk membantu anda.

Adakah website ‘mahal’ sahaja yang akan naik ke carian utama Google?

Jawapannya tidak, tidak kira sama ada website mahal ataupun website design anda murah. Website moden atau klasik juga tidak menjadi masalah, yang penting ialah anda tahu bagaimana untuk mengoptimisasikan SEO website anda.

Harap posting kali ini membantu anda sedikit sebanyak dalam SEO.

Comments

comments

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *