8 Sebab Perniagaan Anda Perlukan Website

8-SEBAB

Website Takkan Tidur

Ramai orang melayari website pada waktu petang apabila kebanyakan perniagaan sudahpun ditutup, yang lebih tepat ialah laman web tidak pernah berehat. Sebuah laman web akan membolehkan perniagaan atau organisasi anda untuk dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Mempunyai laman web adalah sama dengan mempunyai pekerja bekerja sepanjang masa, walaupun hujung minggu dan cuti. Tetapi website anda perlulah dilengkapi dengan fungsi penuh sebuah website seperti shooping cart atau sistem affiliate.

Pesaing Anda Mempunyai Website

Jika anda bersaing secara langsung atau tidak langsung dengan perniagaan lain yang mempunyai laman web, mereka sudah tentu mempunyai kelebihan yang sangat jelas. Terutamanya jika mereka pakar dalam marketing laman web mereka. Sebuah laman web adalah cara yang baik untuk memberi taraf yang sama dengan bisnes terkemuka dalam bidang anda. Bakal pelanggan (prospek) anda boleh mendapatkan nombor telefon atau alamat kedai anda dengan cepat dan membuatkan perniagaan anda diketahui ramai.

“Just Google It”

97% pelanggan termasuk kita sendiri akan bertanya pakcik Google untuk mencari maklumat atau apa sahaja berkaitan barang yang mereka akan beli. Ramai orang sudah berpaling dari cara tradisional untuk mencari maklumat dan mencari maklumat secara online, terutamanya melalui peranti mudah alih. Perniagaan anda perlu berada di hujung jari mereka apabila mereka melihat dalam enjin carian. Website anda juga perlulah mesra peranti mudah alih dengan mempunyai sokongan mobile.

Website Meningkatkan Keyakinan Pelanggan Korporat.

Dengan mempunyai website professional, anda akan meningkatkan gambaran keseluruhan perniagaan anda kepada orang ramai dan seterusnya. Pelanggan anda akan lebih berkeyakinan untuk melabur wang mereka dalam organisasi anda.

“Small businesses will look BIG online”

-Zal Hazmie-

Website Memberi Pulangan Jualan Yang Tinggi

Menurut kajian di Amerika Syarikat, perniagaan kecil yang mempunyai laman web mempunyai jumlah pendapatan lebih 39% daripada jualan syarikat yang tidak mempunyai website. Mahal atau murah sesebuah website tidaklah menjadi isu, tetapi website murah juga tidak mampu untuk memberikan pulangan lumayan untuk sesebuah perniagaan, hanyalah sebagai laman untuk memberi maklumat.

30 Juta Penduduk Malaysia

2/3 daripada rakyat Malaysia menggunakan carian online ataupun menggunakan internet. Agak mustahil untuk 20 juta orang penduduk Malaysia datang ke kedai anda untuk membeli sesuatu produk. Tetapi website mampu untuk menampung jumlah tersebut, tugas anda hanyalah memastikan bekalan stok anda mencukupi permintaan pelanggan. Jumlah ini tidak termasuk warga asing atau pelancong yang berada di Malaysia pada sesuatu ketika.

Website Membantu Meramaikan Pelanggan

Menurut kajian, 50% daripada jualan internet adalah daripada pelanggan baru. Mempunyai website secara tidak langsung boleh meningkatkan jumlah prospek yang hadir dalam website anda tidak kira apa perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan kepada mereka. Anda hanya perlu follow up pelanggan sedia ada untuk tawarkan perkhidmatan anda, pelanggan baru akan diuruskan oleh pekerja alam maya (website) anda.

Website Adalah Global

Kebanyakan perniagaan kecil hanya boleh memasarkan produk kepada bandar mereka dan masyarakat sekeliling. Dengan laman web, anda boleh memasarkan barangan dan perkhidmatan anda ke seluruh Malaysia hingga ke seluruh dunia, jika anda mahu.

Comments

comments