8 KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN USAHAWAN TANPA SEDAR

Ramai orang tidak sedar yang mereka sedang membuang masa dalam perniagaan. Kebanyakan mereka terjun ke dalam bidang perniagaan tanpa mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang penting  untuk membawa perniagaan mereka ke peringkat yang lebih jauh. Hasilnya, ramai usahawan menghabiskan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun di takuk lama tanpa menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Alangkah ruginya!

Pepatah Inggeris ada mengatakan, “Prevention is better than cure“. Jadi sebelum terjadi kesilapan yang sama, simptom-simptom ‘penyakit’ perlu diketahui supaya dapat dikesan sebelum terlewat. Kami kongsikan antara-antara kesilapan yang sering dilakukan oleh usawahan tanpa disedari. Baca, hadam dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

1.Masalah Komunikasi

komunikasi

Komunikasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesuatu hubungan. Tanpa komunikasi yang baik, sesuatu maklumat itu tidak dapat disampaikan dengan lancar. Dengan komunikasi yang baik juga kita dapat membina kepercayaan yang mana ia sangat penting di dalam perniagaan sama ada sesama rakan kongsi, staff mahupun pelanggan. Ramai orang yang membuang masa dengan tidak berterus-terang sesama mereka. Kesannya, pelbagai andaian negatif dan salah sangka terjadi yang tanpa sedar boleh merosakkan hubungan dalam perniagaan tersebut. So, ask. Do not assume!

2. Tidak jelas arah tuju

hala-tuju

Apa yang akan terjadi sekiranya kita masuk ke hutan tanpa sebarang pengetahuan dan persediaan? Sudah tentu kita akan tersesat berhari-hari dan kelaparan. Begitu juga dengan perniagaan. Tanpa hala tuju yang jelas bagaimana kita ingin membawa perniagaan pergi lebih jauh. Jadi, sebelum memulakan perniagaan pastikan kita jelas dengan visi, misi dan objektif yang ingin dicapai. Apa beza visi, misi dan objektif?

Secara mudah, anggap visi sebagai destinasi yang ingin kita tuju. Misi pula dengan jalan apa yang perlu kita lalui untuk sampai ke destinasi tersebut. Manakala anggap kenderaan apa yang ingin digunakan sebagai objektif. Setiap jenis kenderaan pasti memberi kesan yang berbeza kepada perjalanan kita. Terpulang kepada anda untuk menentukan hala tuju perniagaan anda. Jelas?

3. Tidak memaksimakan peluang

peluang

Antara kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh usahawan ialah tidak bijak memaksimakan peluang yang hadir di hadapan mereka. Sikap malu atau ‘nantilah’ menyebabkan banyak peluang keemasan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan terlepas begitu sahaja. Lihat sahaja jenama-jenama yang tidak lagi perlu diperkenalkan yang sering kita lihat di televisyen atau pun di mana-mana sahaja seperti D’Herbs atau Qu Puteh. Adakah mereka bersikap malu untuk memasarkan produk mereka? Apa hasilnya? Fikirkan.

4. Tiada ketua

ketua

Ketua merupakan tonggak yang penting dalam sesuatu organisasi tanpa mengira organisasi kecil atau besar. Ketua yang baik dapat memimpin pasukan di bawahnya untuk pergi lebih jauh mengikut hala tuju yang ingin dicapai.

5. Tidak Kenal Pelanggan

pelanggan

Pelanggan merupakan individu yang penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak akan dapat berkembang. Namun, apa yang lebih penting ialah mengenal pasti pelanggan yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Sudah pasti kita akan membuang masa dengan memasarkan perkhidmatan kita kepada orang yang salah. Jika kita sudah kenal pasti pelanggan yang kita inginkan, pasti lebih mudah untuk kita melakukan pemasaran baik online mahu pun offline.

6. Tidak tahu kehendak pelanggan

kehendak

Tujuan sesebuah perniagaan adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai mengikut kepakaran masing-masing. Tetapi jika kita tidak tahu apa yang pelanggan inginkan bagaimana kita dapat selesaikan masalah mereka? Kenal pasti siapa pelanggan anda dan apa yang mereka mahu dan tidak mahu agar anda tidak mensia-siakan masa.

7. Tiada kerjasama

kerjasama

Untuk berjaya dalam perniagaan, anda tidak boleh bergerak sendirian. Sudah tentu anda memerlukan pihak-pihak seperti pembekal, staff atau ejen untuk memajukan lagi perniagaan anda. Masing-masing memainkan peranan yang penting. Andai tiada kerjasama sesama sendiri, pasti sukar untuk anda pergi jauh.

8. Tiada ilmu

ilmu

Ilmu itu cahaya kehidupan. Ilmu merupakan bekalan yang diperlukan untuk lebih berjaya. Ilmu itu juga tidak terhad hanya di dalam kelas. Ilmu harus dicari setiap masa secara konsisten. Tanpa ilmu anda akan terus berada di tempat yang sama. Antara sebab usahawan tidak berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan adalah kekurangan ilmu perniagaan. Keuntungan perniagaan akan meningkat seiring dengan ilmu perniagaan yang dimiliki usahawan. Sekarang terdapat pelbagai pilihan kursus atau seminar yang diadakan untuk anda tingkatkan ilmu perniagaan anda. Mahu atau tidak semuanya terletak di tangan anda.

 

Sumber: Dr Azizan Osman

Comments

comments