Cara Meningkatkan Trafik Website

5 Sebab Kenapa Website Anda Kurang Pelawat

Kenapa website saya tiada pelawat?

Mari kita sama-sama baca 5 sebab kenapa website anda kurang pelawat.

Website adalah aset yang paling penting dalam bisnes anda terutamanya apabila anda membuat bisnes secara online. Namun begitu, jika kadar conversion dan trafik website rendah, itu tandanya kurangnya kemasukan pelawat ke website anda dan anda perlu membuat penambahbaikkan terhadap website itu.
Ada beberapa sebab mengapa website anda kurang pelawat. Antaranya ialah:

1. Website tidak tersusun dan serabut

Website yang tidak tersusun dan serabut membuatkan para pelawat tidak seronok untuk melayari website anda. Mereka tidak dapat mencari maklumat yang diingini dengan mudah dan maklumat tidak tersusun mengikut kategori. Jadi, masukkan navigasi yang mudah dan senang difahami oleh pengguna dibahagian tepi website atau dimana-mana bahagian yang memudahkan pengguna untuk mencari dan memilih produk-produk anda.

2. Kurangnya isi kandungan

Website menarik dan gempak tidak menjamin kemasukan pelawat jika kurangnya isi kandungan di dalam website anda itu. Berikan maklumat yang diingini pengguna dengan jelas dan mudah untuk difahami. Anda perlu mengambil kira apa yang pengguna ingin tahu tentang produk atau servis yang ditawarkan. Pastikan maklumat mencukupi untuk pelanggan anda. Secara tidak langsung banyak trafik akan masuk ke website anda kerana ingin membaca content dalam website anda.

3. Design website yang tidak menarik

Mereka cipta website yang menarik bukanlah satu keutamaan namun ianya perlu untuk menarik pelanggan untuk melayari website anda. Design tidak perlu terlampau gempak kerana yang penting adalah isi kandungan yang ada di dalam website anda. Website gempak tetapi tiada kandungan tiada gunanya. Design website agar menarik tetapi mudah untuk difahami pengguna dan mempunyai isi kandungan yang berguna kepada pelanggan anda.

4. Tidak mesra mobile

Pada masa sekarang, kebanyakkan pengguna lebih suka mencari maklumat menggunakan telefon. Jadikan website anda sebuah website yang mesra mobile. Jika website anda tidak mesra mobile, maka pengguna tidak akan melawat website anda kerana website anda akan berterabur ke sana sini seterusnya menyusahkan pelawat. Website yang tidak mesra mobile memerlukan pengguna untuk zoom in, zoom out, ke kiri dan ke kanan untuk membaca kandungan website anda. Ianya merumitkan pelawat website anda dan seterusnya pengguna tidak akan melawat website anda lagi.

5. Kelajuan website yang lambat

Kelajuan website memainkan peranan yang penting untuk menarik pelawat untuk terus melayari website anda. Mempunyai isi kandungan yang hebat namun kelajuan website yang lembap ibarat sedang menguji tahap kesabaran pelawat anda. Ini membuatkan mereka tidak gemar untuk melayari website anda. Jadikan website anda sebuah website yang mempunyai tahap kelajuan yang tinggi bagi meningkatkan kemasukkan pelawat ke website anda.

 

Jika anda sudah memperolehi idea kenapa selama ini website anda jarang dikunjungi, anda boleh cuba meningkatkan kualiti website anda dengan serta merta. Semoga bermanfaat, jumpa di lain kali.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *