11 Idea Pemasaran yang Praktikal & Efektif

Saban hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan. Kehadiran mereka boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis perniagaan yang diceburi baik online mahupun offline. Dan ramai di kalangan mereka yang mampu menjana keuntungan sehingga puluhan malah ratusan ribu ringgit sebulan!

Mari kita ikuti di bawah ini antara ilmu-ilmu pemasaran yang telah atau mungkin digunakan oleh jutawan-jutawan ini dalam mencipta nama dan ‘menjerat’ pelanggan menerusi strategi-strategi yang betul.

  1. Beri Jaminan Wang Dikembalikan

wang

Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

2. Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda

bisnes-kad

Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.

Biasakan meberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

3. Berikan Kad Diskaun / Voucher Percuma

diskaun

Ini adalah cara yang juga mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencetak t-shirt, berikan tawaran sehelai t-shirt percuma dengan setiap pembelian 10 helai ke atas. Ini juga adalah cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4. Emel

emel

Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.

5. Berikan Sokongan Kepada Badan Kebajikan

kebajikan

Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta  sediakan tabung derma untuk pelanggan anda turut serta membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

6. Adakan Pertandingan / Cabutan Bertuah

pertandingan

Cara ini ialah yang paling mudah untuk anda menjana database pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa hadapan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, Facebook atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda.

7. Kongsikan Profil Diri Atau Kisah Inspirasi

profil

Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ini dapat memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

8. Kongsikan Ilmu dan Pengetahuan Anda Dalam Bidang Tertentu

sharing

Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, hanya maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma.

Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman social anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan. Jangan risau jika ada orang lain meniru anda, ana ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

9. SMS

sms

Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat hari jadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda?

Sistem SMS yang bagus seperti www.ETSI.com.my  dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar SMS dengan lebih efektif.

10. Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan

testimoni

Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan testimoni bergambar, selalunya untuk produk-produk kecantikan di mana akan terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

11. Blog / Laman Web

blog

Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma!

Namun, anda tidak perlu bimbang lagi. Kami di Website Malaya menawarkan pakej yang menarik untuk usahawan yang ingin membangunkan laman web untuk perniagaan masing-masing. Anda boleh layari www.websitemalaya.com/pakej untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

 

Sumber : Dr Azizan Osman

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *