10 Kesilapan Yang Boleh Dielakkan Dalam Bisnes

10-silap

Mula Berniaga Dengan Modal Yang Besar

Ini adalah kesilapan yang paling biasa dalam perniagaan. Mentaliti ramai orang ialah apabila ingin membuka pernigaan, syarat utama ialah modal. Ya saya tak nafikan yang modal juga penting tapi bukanlah syarat utama untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Modal maksimum yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan ialah RM2000 sahaja. Jika gagal, anda hanya hilang jumlah itu sahaja. Gagal sekali bukanlah gagal selamanya, anda akan gagal apabila anda putuskan untuk berhenti mencuba.

Saya akan terangkan apa modal yang lebih penting daripada modal kewangan. Mungkin anda biasa dengar tapi anda tak endah atau abaikan sahaja iaitu modal ilmu. Ilmu adalah segalanya, saya boleh buktikannya dengan mudah. Tanpa ilmu matematik, saya percaya anda tidak akan mampu untuk memulakan sesebuah perniagaan. Bagaimana jika tiada ilmu, anda boleh belajar atau memilih cara lebih mudah dengan memilih rakan kongsi yang lebih dalam ilmunya.

 

Cuba Keluarkan Produk Sendiri

Mempunyai produk sendiri adalah impian setiap peniaga lebih-lebih lagi  peniaga yang baru. Seperti yang kita tahu mencipta produk sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Saya percaya hampir semua orang ingin berniaga, halangannya ialah mereka tidak tahu nak menjual apa iaitu mereka tiada produk sendiri. Produk juga bukannya elemen yang tersangat penting dalam perniagaan, saya akan terangkan sekejap lagi.

Bukannya menjadi kesalahan jika anda bermula dengan produk sendiri, tetapi ia mungkin akan menelan kos yang agak besar dan mungkin juga produk ini tidak mendapat sambutan. Hasilnya anda akan rugi ribuan ringgit. Anda mungkin boleh mencipta produk baru tetapi kosnya tidak lebih daripada RM2000, tetapi bagi saya lebih baik anda bermula dengan menjual produk orang lain supaya anda dapat belajar selok belok perniagaan.

 

Membuka Kedai/Pejabat Dengan Kos Yang Mahal

Kedai/Pejabat juga tidak menjanjikan pelanggan akan datang ke tempat anda. Sudah memadai dengan mempunyai kedai online di Facebook atau mempunyai laman web/website anda sendiri, ia sudah cukup untuk menarik pelanggan jika anda berapa pada tahap permulaan. Banyak perkhidmatan website murah yang ditawarkan oleh web developer di luar sana. Website Malaya adalah salah satu web developer yang menawarkan pakej website yang agak murah dengan fungi penuh sesebuah website. Mungkin kedai tidak menjadi isu pada zaman teknologi sekarang kerana ramai peniaga kita menjadi jutawan dengan medium online sahaja. Medium online sangat memberi impak yang besar kepada evolusi perniagaan di dunia. Peniaga yang masih ditakuk lama yang menolak kepentingan media sosial dan website pada zaman sekarang perlu berjaga-jaga kerana anda sedang melakukan kesilapan yang amat besar.

 

Berniaga Dengan Keluarga/Kawan Tanpa Komitmen Perjanjian

Keluarga sangat berharga kepada kehidupan kita. Sebagai seorang pemilik bisnes, elakkan sebarang penglibatan ahli keluarga atau teman rapat dalam bisnes anda. Simpan keluarga di rumah dan kawan baik sebagai kawan baik. Buat fasa permulaan, dua golongan inilah yang kita nampak sebagai orang yang sesuai dalam perniagaan kita, tapi ianya hanya untuk fasa permulaan.

Elakkan Meminjam Daripada Bank Dalam Jumlah Yang Besar

Seperti point pertama di atas, modal duit bukanlah segalanya. Elakkan meminjam duit bank bagi fasa awal perniagaan. Pesan mentor saya, peniaga boleh membuat pinjaman bank apabila masuk ke fasa berkembang. Apa itu fasa berkembang? Salah satu penunjuk yang boleh kita gunakan ialah jualan. Jika jualan anda melebihi RM500,000 setahun. Walaupun ada sudah berniaga selama 10 tahun tapi jualan anda masih lagi di bawah RM500,000 setahun, anda masih dalam fasa permulaan.

Jika anda sudah memasuki fasa berkembang, anda layak untuk meminjam bank sebanyak mungkin untuk penambahan cawangan, untuk memiliki aset seperti rumah dan sebagainya. Ingin diingatkan sekali lagi bahawa kereta bukanlah aset tetapi liabiliti.

 

Buat Pelbagai Bisnes

“Semua benda nak jual” Itulah mentaliti peniaga baru. Mereka beranggapan bahawa dengan menjual banyak produk, mereka akan mendapat hasil yang setimpal dengan jumlah produk yang dijual, walhal semua ahli perniagaan menjadi jutawan melalui satu produk sahaja. Kuncinya ialah fokus, fokus kepada satu produk sahaja.

 

Berniaga Tidak Ada Syarikat

Syarikat adalah bukti anda serius dengan apa sahaja bisnes anda. Anda tidak cukup serius untuk dilabelkan sebagai seorang peniaga, apatah lagi usahawan. Jika anda tidak serius, anda hanya akan mendapat pendapatan yang biasa-biasa sahaja. Usahawan sebenar mempunyai lebih daripada satu syarikat. Enterprise juga bukanlah sebuah syarikat, ianya hanyalah sekadar lesen untuk seseorang individu itu untuk berniaga. Syarikat ialah PLT, Sdn. Bhd., dan Berhad.

Tidak Ada Akaun Syarikat

Tidak memadai sekadar mempunyai syarikat, akaun syarikat amat penting untuk mengawal pengaliran wang perniagaan anda. Ramai peniaga tidak layak untuk membeli aset hanyalah kerana tidak mempunyai akaun syarikat.

Duit Syarikat Duit Saya Juga

Catat perbelanjaan syarikat anda dengan mula mencatat segala perbelanjaan individu dahulu. Ramai peniaga berniaga dengan gaya towkay. Mereka akan masukkan duit tunai ke dalam beg kantung mereka sebaik saja mendapat wang tunai daripada pelanggan, dan menggunakan duit yang sama untuk membayar perbelanjaan harian mereka. Mereka akan catat balik apa yang dibelanjakan nanti. Nanti bermakna tak akan pernah kerana tidak lama lagi mereka akan lupa berapa jumlah amaun yang dibelanjakan.

Bagi Orang Berhutang

Seorang usahawan tak akan bagi sesiapa sahaja berhutang dengan mereka. Seorang usahawan yang bijak juga tidak menggunakan duit mereka sendiri untuk menjalankan perniagaan, mereka menggunakan duit orang lain dengan cara yang dibenarkan, bukan dengan cara penipuan. Dalam perniagaan juga sama, jangan buat servis atau kerja yang belum dibayar sebarang deposit.

Anda dibenarkan memberi hutang apabila anda sudah tak kisah sama ada si penghutang tidak dapat membayar wang anda, lebih tepat jika anda niat bersedekah saja pada mereka.

 

 

Apa yang paling penting ketika membuka sesebuah perniagaan ialah pelanggan. Ya, pelanggan adalah kunci sesebuah perniagaan bertahan. Jika produk anda hebat macam mana sekalipun, tanpa pelanggan anda akan bungkus seberapa pantas yang boleh. Pertama sekali anda perlu mencari masalah yang dialami oleh bakal pelanggan anda, barulah datang produk apa yang anda ingin pasarkan.

Comments

comments